fbpx

Bagi mereka yang ingin melaksanakan majlis aqiqah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, terdapat garis panduan yang perlu diikuti.

Ini penting agar kita dapat membendung penularan wabak COVID-19 di kalangan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Berikut adalah Prosedur Operasi Piawai (SOP) untuk melaksanakan aqiqah.

 

Proses Menyambut Tetamu Semasa Majlis Aqiqah

aqiqah

1. Menandakan Laluan Masuk dan Keluar

Untuk tujuan menyambut tetamu, penganjur mestilah menetapkan dan menandakan secara jelas laluan laluan masuk dan keluar tetamu.

Penganjur boleh meletakkan tanda berupa pita pelekat, kad atau jalur berwarna pada kawasan luar rumah serta pada jalan masuk ke rumah.

2. Menyediakan Alatan dan Tempat Untuk Pemeriksaan Suhu Badan

Tuan rumah perlu meletakkan meja di depan rumah. Sediakan barang-barang seperti:

  • buku rekod kehadiran tetamu aqiqah untuk merekod bilangan kehadiran, waktu kehadiran dan suhu badan
  • kod QR MySejahtera untuk memudahkan tetamu membuat imbas pengenalan diri
  • alat pemeriksa suhu badan thermogun atau touchless (tanpa menyentuh pemegang suhu badan)
  • hand sanitizer untuk tetamu mencuci tangan.

3. Meletakkan Penanda atau Poster Pematuhan SOP

Tuan rumah perlu meletakkan poster atau label untuk mengingatkan tetamu untuk mematuhi SOP semasa berada dalam majlis aqiqah.

4. Memastikan Penjarakan Sosial Tetamu

Minta tetamu untuk sentiasa menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain. Peraturan ini terpakai ketika tetamu berada di dalam rumah serta ketika beratur untuk mengambil makanan.

5. Memakai Pelitup Muka Pada Setiap Masa

Tuan rumah dan tetamu rumah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa. Sekiranya tetamu tidak memakainya, tuan rumah boleh menghalang tetamu tersebut untuk hadir ke dalam majlis.

6. Mengehadkan Bilangan Tetamu

Kehadiran tetamu mestilah tidak lebih daripada 250 orang pada satu-satu masa. Sekiranya aqiqah dilaksanakan di rumah, pastikan saiz keluasan rumah adalah besar.

Seboleh-bolehnya jamuan makan dibuat di luar rumah. Waktu makan juga dihadkan kepada 30-40 minit sahaja.

7. Golongan Yang Tidak Digalakkan Hadir

Tetamu tidak digalakkan membawa bayi, kanak-kanak dan orang-orang tua ke majlis aqiqah semasa tempoh PKPP.

Pendaftaran Tetamu Untuk Majlis Aqiqah Semasa PKPP

 Majlis Aqiqah Semasa PKPP

1. Pendaftaran Manual

Berikut adalah SOP pendaftaran tetamu:

Tuan rumah mesti merekodkan kehadiran tetamu dengan mewajiibkan tetamu mengisi nama, nombor telefon dan suhu badan mereka.

2. Pendaftaran Dengan Aplikasi MySejahtera

aqiqah

Tetamu digalakkan mengimbas pengenalan mereka menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MySejahtera kerana ianya mudah dan cepat.

Berikut adalah cara mendaftar MySejahtera:

Ada boleh ke laman sesawang MySejahtera di sini, atau muat turun aplikasi Mysejahtera terus ke dalam telefon pintar.
Klik di sini untuk aplikasi Android (Google Play)
Klik di sini untuk Apple iPhone (App Store)
Klik di sini untuk Huawei (AppGallery)
Klik pada Daftar Di sini
Anda boleh mendaftar dengan nombor telefon ataupun dengan email anda
Masukkan OTP yang diterima melalui SMS
Atau klik pada pautan pengesahan melalui email
Selepas itu anda akan dibawa ke paparan untuk mendaftarkan maklumat anda dengan MySejahtera.
Di sini anda perlu memasukkan atau mengemaskini maklumat berikut:
Nama Pengguna
Nama Penuh
Nombor Telefon
Nombor Kad Pengenalan atau Passport
Umur
Jantina
Bangsa
Alamat Semasa
Kemudian anda akan dibawa ke paparan seterusnya.
Tetapkan Kata Laluan
Tekan butang “Sahkan”
Pendaftaran anda ke dalam MySejahtera telah berjaya
Anda akan menerima mesej “Terima kasih! Hampir selesai. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera. ID Pengguna anda ialah idpengguna@gmail.com. Kata laluan anda adalah seperti yang dimasukkan dalam halaman sebelumnya”
Tekan “Tutup”
Kini anda boleh log in semula ke aplikasi MySejahtera.

Protokol Dalam Penganjuran Majlis Aqiqah Semasa PKPP
Pembersihan dan Penyahkuman
Proses pembersihan dan penyahkuman perlu dilakukan mengikut garis panduan KKM. Ia perlu dilakukan sebelum dan selepas majlis pada seluruh kawasan luar dan dalam dewan.
Selain itu, penyahkuman perlu dilakukan pada:
kerusi dan meja tetamu,
meja hadiah (doorgift table),
peralatan catering termasuk periuk, pinggan, cawan, sudu, garfu, penyenduk nasi dan lauk.
Penjarakan Meja
Meja mestilah disusun dengan jarak 2 meter di antara satu meja dengan meja lain. Tetamu mesti menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter bagi kerusi di meja.

Hidangan Makanan
Sebarang penyediaan makanan adalah secara buffet sahaja. Tuan rumah perlu memastikan tetamu beratur dengan menjarakkan diri mengikut penanda yang ditandakan di lantai.

Sesi Fotografi
Sesi fotografi boleh diadakan tetapi perlu mematuhi penjarakan sosial pada satu-satu masa. Ia dikendalikan oleh individu yang ditetapkan oleh penganjur/pengantin/pengurusan dewan.
Seorang petugas sahaja dibolehkan untuk mengawal aliran semasa sesi fotografi.

SOP Semasa Majlis Aqiqah
Berikut adalah SOP bagi para tetamu semasa berada dalam majlis.
Mengambil kedudukan seperti yang telah ditanda atau ditetapkan oleh penganjur.
Mengelakkan sembang dekat (close conversation).
Beratur mengambil makanan secara tertib dalam kedudukan penjarakan 1 meter dan mengurangkan komunikasi semasa mengambil makanan yang disediakan.
Makan dalam kedudukan penjarakan dan tidak berkumpul semasa makan.
Tidak bersesak di dalam lif dan tandas atau mana-mana ruang di tempat majlis dianjurkan.
Dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.
Meninggalkan tempat majlis dengan teratur dan tidak bersesak-sesak.
Majlis tidak dibenarkan sekiranya sukar untuk mengawal keadaan di mana terdapat ramai orang pada satu-satu masa dan sukar untuk mengawal keperilakuan.
Hidangan makanan secara buffet layan diri sahaja.
Penganjuran di kawasan PKPD tidak dibenarkan.
Patient under Investigation (PUI) & Person under Surveillance (PUS) tidak dibenarkan hadir

Demikian adalah beberapa perkara berkaitan dengan SOP pelaksanaan aqiqah semasa tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020 ini. Diharapkan artikel ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan berguna kepada anda.
Sekiranya anda berminat untuk melakukan ibadah aqiqah tetapi mahu ianya diuruskan oleh pihak lain, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Aqiqah Mekah Center.

aqiqah

Aqiqah Mekah Center diuruskan oleh Ansar Tijari Ventures yang menawarkan perkhidmatan melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di Mekah.

Apa yang menarik dengan perkhidmatan ini ialah ianya memudahkan umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah tanpa perlu memikirkan perjalanan majlis aqiqah, mencari haiwan aqiqah, membayar katering dan lain-lain. Semuanya dilakukan oelh pihak Ansar Tijari Ventures.
Malah, semua pendaftaran boleh dijalankan di dalam talian sahaja. Mudah, cepat dan selamat!

aqiqah

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ibadah aqiqah daripada Ansar Tijari Ventures, layari website mereka hari ini.