Galeri Sembelihan

SOALAN LAZIM

Soal Jawab Aqiqah & Korban

Apakah beza aqiqah dan korban?

Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;

Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.

Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.

Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

Apakah haiwan yang boleh disembelih untuk aqiqah?

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

   1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.

  1. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Bolehkah melakukan Aqiqah dan Korban di luar negara?

Afdhalnya dilakukan di tempat sendiri tetapi hukumnya harus juga dilakukan di luar negara.

Berapakah bilangan kambing yang perlu disembelih untuk Aqiqah?

Bilangan yang afdhal bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing atau 2 bahagian unta/ lembu. Namun boleh diaqiqah dengan hanya seekor. Untuk anak perempuan hanya seekor kambing atau satu bahagian unta/ lembu sahaja.

Kenapa memilih Mekah sebagai tempat aqiqah dan korban?

Ini kerana Mekah al-Mukarramah tempat yang paling dekat di hati umat Islam, dan tanah yang paling suci dan barakah di dunia.

Ke manakah perginya daging yang dikorbankan atau aqiqah?

Daging tersebut akan diagihkan kepada penduduk miskin di sekitar Mekah.

Siapakah yang akan melaksanakan aqiqah dan korban di Mekah?

Wakil kami yang dipercayai akan melaksanakannya yang terdiri dari penduduk Mekah.

Bolehkah akad dilakukan secara online?

Ya, boleh hukumnya harus.

Bolehkah saya dapatkan contoh video sembelihan dan agihan?

Anda boleh lihat di FB Page kami: Ansar Tijari Ventures