fbpx

Selain menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun, umat Islam juga menyambut Hari Raya Aidiladha yang tidak kurang meriah sambutannya. Di antara yang sinonim dengan perayaan ini adalah pelaksanaan ibadah korban.

Terdapat kaedah dan cara pelaksanaan korban yang harus diketahui oleh semua umat Islam agar ianya dilakukan mengikut hukum syarak.

Selain itu, terdapat pendekatan serta SOP ibadah korban yang perlu diketahui ketika situasi pandemik yang melanda seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya.

 

Makna Ibadah Korban

 

Korban bermaksud nama bagi sesuatu yang dikorbankan atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Hari Raya Aidil Adha. 

Ibadah korban atau qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan niat kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. 

Ia juga diistilahkan sebagai ternakan sempurna yang disembelih pada hari-hari tertentu dengan tujuan dan niat hanya kepada Allah SWT.

 

Hukum Ibadah Korban

 

Umat Islam yang berkemampuan digalakkan melakukan ibadah korban kerana ianya adalah sunat muakkad iaitu sunnah yang dituntut.

Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mazhab. Imam Syafie mengatakannya ianya sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Ulama mazhab Maliki berpendapat adalah makruh meninggalkan ibadah korban bagi mereka yang mampu melakukannya.

Perlu diingatkan juga, hukum korban adalah wajib bagi mereka yang berniat untuk melakukan korban nazar.

 

Hikmah Melaksanakan Korban

 

  1. Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT
  2. Mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT
  3. Menebus dosa kecil
  4. Mendapat kebajikan bagi setiap bulu haiwan yang jatuh semasa disembelih
  5. Sebagai cara untuk mengikis sifat mazmumah di dalam diri manusia.

 

Syarat Sah Melakukan Korban

ibadah korban

Terdapat beberapa syarat atau ciri-ciri yang perlu dipenuhi bagi mereka yang ingin melaksanakan korban. Sekiranya salah satu daripada syarat-syarat berikut tidak dipenuhi, maka ibadah korbannya adalah tidak sah:

  1. Seorang Muslim
  2. Berakal
  3. Akil baligh
  4. Seorang yang merdeka (bukannya hamba)
  5. Berniat melakukan korban untuk untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berniat korban semasa membeli haiwan korban dan semasa menyembelihnya
  6. Memilih haiwan yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang. Manakala kambing atau kambing biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.
  7. Menetap di kawasan tempat melakukan korban
  8. Berkemampuan iaitu boleh membiayai perbelanjaan membeli haiwan untuk dijadikan haiwan korban.

 

Kriteria Pemilihan Haiwan Sembelihan

ibadah korban

Pemilihan haiwan korban adalah mengikut jenis haiwan dan usianya:

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah

  • Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
  • Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
  • Biri-biri/kibas – Setahun masuk kedua atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI melebihi 6 bulan.

 

Binatang Yang TIDAK BOLEH Dijadikan Korban

 

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

  • Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
  • Ekor dan lidahnya terpotong
  • Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
  • Berkudis kerana dagingnya mungkin rosak
  • Buta mata
    tempang 
  • Bunting

 

Ianya SAH sekiranya kecacatan itu seperti;

  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduk
  • Terbelah telinga
  • Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
  • Dilahirkan tidak berekor
  • Tertanggal sebahagian giginya
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

 

 

Waktu Untuk Melaksanakan Korban

 

Ianya dilaksanakan selepas selesai mengerjakan solat hari Raya Aidiladha dan selesai mendengar bacaan khutbah hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.

 

Lafaz Pelaksanaan Ibadah Korban Semasa PKPP

 

Sehubungan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menghalang penularan COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan SOP untuk ibadah korban.

Berikut adalah beberapa info penting yang kita boleh ketahui:

 

Waktu Melakukan Ibadah Korban

Selepas selesai mengerjakan solat hari Raya Aidiladha dan 3 hari Tasyrik

Waktu

6 pagi hingga 6 petang sahaja

Kehadiran

Tidak melebihi 30 petugas

Lokasi penyembelihan

Rumah sembelihan, masjid atau surau yang mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan

Arahan pengawalan jangkitan

• Mengadakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah;

• Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup muka dan sarung tangan;

• Mengelakkan daripada 3S iaitu bersesak, ruang sempit/rapat/tertutup dan juga sembang (perbualan) dalam jarak yang dekat;

• Petugas yang dipilih hendaklah sihat, tidak bergejala dan bukan dalam kalangan pengidap penyakit kronik dan bukan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun;

• Proses sembelihan dilaksanakan di dalam ‘sangkar sembelihan’

 

Demikian adalah beberapa perkara berkaitan dengan SOP pelaksanaan korban semasa tempoh PKPP sehingga 31 Disember 2020 ini. Diharapkan artikel ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan berguna kepada anda.

Sekiranya anda berminat untuk melakukan korban tetapi mahu ianya diuruskan oleh pihak lain, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Aqiqah Mekah Center. 

ibadah korban

Aqiqah Mekah Center diuruskan oleh Ansar Tijari Ventures yang menawarkan perkhidmatan melaksanakan ibadah korban dan aqiqah di Mekah.

 

Apa yang menarik dengan perkhidmatan ini ialah ianya memudahkan umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah tanpa perlu memikirkan perjalanan majlis aqiqah, mencari haiwan aqiqah, membayar katering dan lain-lain. Semuanya dilakukan oleh pihak Ansar Tijari Ventures.

Malah, semua pendaftaran boleh dijalankan di dalam talian sahaja. Mudah, cepat dan selamat!

ibadah korban

Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ibadah aqiqah daripada Ansar Tijari Ventures, layari website mereka hari ini.